Welcome

Ucapan Khas


widgeo.net

JOM IKUT

JOM DAFTAR

Saturday 23 November 2013

Transformasi PLKN

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau berkata, transformasi itu bertujuan memperkukuhkan lagi objektif penubuhan PLKN iaitu memupuk semangat kesukarelawan, cintakan negara dan perpaduan dalam diri pelatih seperti dalam Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

“Dalam hal ini, transformasi yang menggunakan pendekatan berteraskan “continous engagement”, “empowerment”, “standardized appraisal” dan “recognition” akan dapat memperkasakan lagi PLKN.

“Saya ingin melihat pelatih PLKN bukan sahaja dapat mengikuti latihan tetapi terus-menerus terlibat dalam kegiatan kesukarelawan. Mereka perlu diberi pengiktirafan di atas usaha-usaha membantu masyarakat itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin dalam pada itu meminta jurulatih PLKN mempunyai kompetensi dan kepakaran yang tinggi bagi membantu meningkatkan pencapaian program itu dan beliau memberi jaminan akan meneliti segala keperluan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Beliau turut menggesa jurulatih-jurulatih PLKN meneruskan kerjasama dengan bekas pelatih melalui Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dalam memperkenalkan idea dan pendekatan baharu bagi mencapai matlamat transformasi PLKN.

Katanya, beliau mahu melihat penglibatan yang lebih holistik daripada semua segmen di dalam PLKN termasuk pengusaha kem PLKN, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta untuk memastikan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kenegaraan dapat dicapai.

“Dalam hal ini, saya akan bersama-sama dengan pemimpin Alumni PLKN dari seluruh negara di Konvensyen Alumni PLKN pada 21 Disember 2013 di Kuala Lumpur. Saya berharap konvensyen tersebut dapat membantu membentuk hala tuju Alumni PLKN yang lebih progresif dan dinamik,” katanya.



AreLong Khusyairi
Pengerusi BSKN Zon A

No comments:

Post a Comment