Welcome

Ucapan Khas


widgeo.net

JOM IKUT

JOM DAFTAR

Sabtu, 23 November 2013

Transformasi PLKN

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau berkata, transformasi itu bertujuan memperkukuhkan lagi objektif penubuhan PLKN iaitu memupuk semangat kesukarelawan, cintakan negara dan perpaduan dalam diri pelatih seperti dalam Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

“Dalam hal ini, transformasi yang menggunakan pendekatan berteraskan “continous engagement”, “empowerment”, “standardized appraisal” dan “recognition” akan dapat memperkasakan lagi PLKN.

“Saya ingin melihat pelatih PLKN bukan sahaja dapat mengikuti latihan tetapi terus-menerus terlibat dalam kegiatan kesukarelawan. Mereka perlu diberi pengiktirafan di atas usaha-usaha membantu masyarakat itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin dalam pada itu meminta jurulatih PLKN mempunyai kompetensi dan kepakaran yang tinggi bagi membantu meningkatkan pencapaian program itu dan beliau memberi jaminan akan meneliti segala keperluan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Beliau turut menggesa jurulatih-jurulatih PLKN meneruskan kerjasama dengan bekas pelatih melalui Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dalam memperkenalkan idea dan pendekatan baharu bagi mencapai matlamat transformasi PLKN.

Katanya, beliau mahu melihat penglibatan yang lebih holistik daripada semua segmen di dalam PLKN termasuk pengusaha kem PLKN, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta untuk memastikan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kenegaraan dapat dicapai.

“Dalam hal ini, saya akan bersama-sama dengan pemimpin Alumni PLKN dari seluruh negara di Konvensyen Alumni PLKN pada 21 Disember 2013 di Kuala Lumpur. Saya berharap konvensyen tersebut dapat membantu membentuk hala tuju Alumni PLKN yang lebih progresif dan dinamik,” katanya.



AreLong Khusyairi
Pengerusi BSKN Zon A

Selasa, 19 November 2013

BSKN Zon A Berperang Dengan Tikus

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua bekas-bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh Malaysia. Apa khabar anda semua? Sudah lama saya tidak menulis coretan tentang aktiviti Briged Sukarelawan Khidmat Negara di Zon A dan Zon0zon yang lain dan hari ini saya ingin kongsikan sedikit coretan aktiviti yang dilakukan di Zon A iaitu KURSUS ASAS PENGENALAN BSKN ZON A yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14-16 November 2013 bertempat di Kem PLKN Dusun Minda Resort,Kuala Nerang,Kedah Darul Aman.

14 November 2013

Perjalanan kami semua bermula di pickup point pertama iaitu di Tapak Ekpo Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah dan kami mula mununggu bas yang disediakan pada jam 8.30 pagi.Seramai 10 orang yang menuggu di pickup point pertama dan tepat jam 9.10 pagi bas yang telah disediakan mula tiba.Pada jam 9.45 pagi bas mula bergerak ke pickup point kedua iaitu di Hentian Bas Shahab Perdana Alor Star dan tiba di pickup point kedua pada jam 10.30 pagi.Sesampai di sana kami menunggu kehadiran peserta kursus dari Kem PLKN Lagenda Seri Negeri Langkawi kerana mereka menaiki Feri untuk ke tanah besar.Pada jam 11.00 pagi bas yang kami naiki mula bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Kem PLKN Dusun Minda Resort Kuala Nerang dan bas yang kami naiki juga hampir penuh dan dianggarkan seramai 37 orang berada di dalam bas.Pada jam lebih kurang 1.30 tengahhari kami semua telahpun tiba di Kem PLKN Dusun Minda Resort Kuala Nerang dan kami semua melapor diri kepada Puan Zuraida Bt Shaari di lobi Resort yang akan kami menginap untuk 3 hari 2 malam nanti.Setelah melapor diri kami semua bergerak ke dorm yang telah ditetapkan oleh pihak resort dan kami menuju ke dorm masing-masing dan seterusnya ke dewan makan untuk makan tengahhari.Selesai makan tengahhari kami perlu berkumpul di Dewan Tetra untuk mendengar taklimat seterusnya dan pada jam lebih kurang 4.10 petang kami semua mula berkumpul didalam dewan.

Kami semua diberikan taklimat oleh Saudara Ghana tentang apa aktiviti yang akan kami lakukan pada sebelah malam dan semua peserta mula mendengar setiap taklimat yang disampaikan.Pada jam lebih kurang 5.30 petang kami semua dibenarkan melakukan aktiviti bebas dan kami semua menuju ke kolam renang yang terdapat di resort tersebut..Pada jam lebih kurang 7.30 malam kami semua mula menikmati makan malam di dewan makan sebelum kami semua dikehendaki berkumpul semula di dewan tetra untuk mendengar taklimat untuk aktiviti seterusnya.Pada jam lebih kurang 8.30 malam kami semua sudahpun berada di dalam dewan dan mula mendengar taklimat daripada Saudara Ghana dan dalam masa yang sama juga Saudara Syafik (Pengerusi BSKN Malaysia) ada juga berkongsi tentang pengalaman beliau kepada kami semua.Lebih kurang jam 11.00 malam kami semua bersurai dan kembali ke dorm untuk merehatkan diri.Tetapi Saudara Ghana meminta 4 orang daripada kami menunggu dan saya seorang daripada mereka.Kami tertanya-tanya apakahkah yang perlu kami lakukan dan pertanyaan kami terjawab apabila Saudara Ghana meminta kami menghidangkan sarapan pagi kepada semua peserta pada keesokkan harinya.

15 November 2013

Bermula jam 6.30 pagi Saya, Ken, Mira dan Sue mula bangun awal dan perlu melaksanakan tugas yang damanahkan oleh Saudara Ghana kepada kami,kami mula berkumpul di dewan makan pada jam 7.00 pagi dan kami semua dihidangkan Mee Goreng dan juga telur rebus untuk sarapan pagi,kami mula menghidangkan sebanyak 80 pinggan mee goreng kepada semua peserta dan juga kepada semua guru pengiring.Selesai sahaja sarapan pagi kami semua  mula berkumpul di dalam dewan semula dengan berpakaian sukan lengkap dan diberikan sedikit taklimat untuk menjalankan kerja lapangan.Sebelum kami semua keluar ke tempat yang ditetapkan kami semua perlu membuat sedikit cenderahati.
Kami semua perlu menyediakan 80 beg cenderahati untuk diserahkan kepada rumah orang-orang tua yang kami akan tuju pada sebelah petangnya.Setelah selesai kami semua mula kewan makan makan untuk
minum pagi dan kami di hidangkan dengan kuih muih yang agak lazat sebelum kami semua bertolak ke tempat yang telah ditetapkan.Kami semua telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan kumpulan yang di ketuai oleh saya telah di arahkan menuju ke Kompleks Penyayang Tun Dr.Siti Hasmah di Jejawi Perlis..Pada jam lebih kurang 1.00 petang kumpulan saya mula menaiki bas yang telah ditetapkan dan kami semua menuju ke masjid terlebuh dahulu untuk solat jumaat dan tepat jam 2 petang kami semua mula bertolak ke destinasi yang akan dituju iaitu Kompleks Penyayang Tun Dr.Siti Hasmah...Setelah kami sampai di Kompleks tersebut kami diarahkan untuk masuk ke Dewan taklimat dan kami diberikan taklimat oleh Encik Ariff,dan beliau telah menceritakan

 serba sedikit kepada kami tentang sejarah penubuhan Rumah Seri Kenangan Kangar Perlis ini.
Terasa sebak dan pilu di hati kami apabila beliau mencerita kepada kami ada anak-anak penghuni di Rumah Seri Kenangan tersebut hanya datang untuk menuntut harta sahaja dan ada diantara kami mula menitiskan airmata kerana tidak dapat menahan kesedihan.Setelah selesai mendengar taklimat, KUmpulan yang diketuai oleh saya dan Jai mula bergerak untuk melakukan tugas yang telah ditetapkan iaitu kerja lapangan.Saya membahagikan kepada dua kumpulan iaitu Group Lelaki dan Group Wanita.Bagi group lelaki kami lebih kepada melalkukan kerja luaran dan group wanita diarahkan melakukan kerja dalaman seperti melipat pakaian,memandikan penghuni wanita,menyuap makan kepada mereka dan beramah mesra dengan penghui-penghuni di Rumah Seri Kenangan tersebut.
Bagi lelaki pula kami banyak melakukan kerja berkebun dan landskap.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaiti berkebun dan juga lanskap.Bagi group yang berkebun mereka banyak melakukan kerja perkebunan seperti membersihkan kebun-kebun sayur dan taman mini,bagi group kedua pula mereka mula mengangkut bata,pasir,batu dan simen untuk dibancuh sebelum mereka mula mula membina tembok kecil yang mengelilingi jalan di hadapan dewan makan.Saya juga ada telibat di kawasan lanskap kerana saya juga berkemahiran dalam bidang lanskap dan dekorasi.
Kami mula membancuh simen dan dalam masa yang sama saya mengarahkan juga ahli-ahli yang lain beramah mesra dengan penghuni lelaki dan ada juga yang membersihkan kawasan surau.Jam lebih kurang 5 petang tanda-tanda hujan akan turun dan kami semua mulai risau kerana tembok yang kami bina masih belum kering dan masih basah.Kami semua mula mencari plastik untuk menutup tembok yang dibina agar tidak terkena air hujan dan dalam jam lebih kurang 5.30 petang hujan pun mulai reda dan berhenti.Selepas itu kami semua kembali melakukan kerja-kerja pembinaan dan tepat jam 6 petang kerja kami selesai sepenuhnya dan kami semua mula berkumpul di tempat mula-mula kami semua tiba tadi dan menunggu bas untuk pulang semuala ke resort untuk makan malam.Tepat jam 8.00 malam kami semua tiba di Resort dan semua bergegas ke dewan makan untuk makan malam dan seterusnya mandi dan menyiapkan diri untuk kembali kedwan untuk taklimat dan tugasan seterusnya..tepat jam 9.10 malam kami semua telahpun berada di dalam dewan tetra dan kami ditugaskan untuk membentangkan tugasan luar yang telah kami buat pada sebelah siang dan tugasan tersebut haruslah dibuat dalam bentuk powerpoint.

16 November 2013

Pada jam 7.30 pagi kami semua mula bersarapan di dewan makan sebelum kami semua membentangkan apa yang kami telah lakukan semasa kerja lapangan dan kami semua 4 kumpulan telahpun berjaya melakukan pembentangan dengan jayanya.Setelah selesai semua kami semua mula berkongsi pengalaman selama 3 hari kami di sini dan ada juga yang baru mula nak bertapak dalam BSKN.Selepas pada itu kami mula berkumpul untuk majlis penutup dan telah pun dirasmikan oleh Mejar Mashnor Komandan Kem PLKN UUM Sintok dan kami semua telah diberikan sijil penyertaan sebagai bukti kami telahpun berjaya menjalani kursus.Pada jam 2 petang kami semua mula bergerak ke destinasi masing-masing.


INI ADALAH PERKONGSIAN SAYA DENGAN ANDA SEMUA.DIHARAP KITA DAPAT BERJUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG.

SALAM SAYANG DARIPADA

PENGERUSI BSKN NEGERI PERLIS
MOHD KHUSYAIRI BIN GHADZALI