Welcome

Ucapan Khas


widgeo.net

JOM IKUT

JOM DAFTAR

Monday 23 December 2013

Keluaran Pertama Baju Untuk Ex PLKN

Assalammualaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua bekas-bekas pelatih dari seluruh negara sama ada yang telah masuk ke Group Facebook Himpunan Bekas Pelatih Kem PLKN Seluruh Malaysia -All Siries- ataupun belum masuk lagi.Kami bekas-bekas pelatih telah mengeluarkan sehelai baju tee untuk di buat koleksi buat semua bekas pelatih.Jadi bagi yang berminat nak mendapatkan baju tee ini sila berhubung dengan no.telefon yang telah diberikan mengikut negeri.

Senarai No.Telefon Untuk Dihubungi

Perlis
-Arelong Khusyairi - 012-9385923
Kedah,Selangor,Melaka
-Suhaili - 013-4346296
Perak
- Ory Candy Dynasha - 019-5288225
 Pulau Pinang
- Wahida - 0111-2501915
 Kelantan,Terengganu
- Naufal - 013-2724605
 Pahang,Negeri Sembilan
- Azwan - 014-8236828
 Johor
- Wanie - 013-7691552 / 017-7083430
 Sarawak
- Lam - 010-5942787
 Sabah
- Andy (Rasni) - 014-6779537

Harga Baju 

Semenanjung Malaysia  - RM25 termasuk pos
Sarawak / Sabah          - RM30 termasuk pos  

  

 
 

Monday 16 December 2013

Mulanya Di Sini -PLKN- Episod 1-3

Mulanya Di Sini Episod 1 (1)

Mulanya Di Sini Episod 1 (2)

 Mulanya Di Sini Episod 2 (1)

   Mulanya Di Sini Episod 2 (2)

 Mulanya Di Sini Episod 3 (1)

 Mulanya Di Sini Episod 3 (2)

 SELAMAT MENONTON KAWAN-KAWAN BEKAS PELATIH SEMUA.SAYA KONGSI DENGAN ANDA VIDEO YANG SAYA DAPAT NI.HARAP KORANG SEMUA DAPAT KENANG BALIK SEMUA KITA SEMUA BERADA DI DALAM KEM..DI SINI SAYA MEMUATNAIK EPISOD 1 HINGGA 3 DAHULU SEBAB FILE TERTALU BERAT UNTUK DI  MUATNAIK DISINI..UNTUK EPISOD YANG LAIN DIHARAP KAWAN-KAWAN SEMUA BERSABAR YE.



Bekas Pelatih PLKN Perlis

AreLong Khusyairi
Kem PLKN Tasik Meranti,Wang Kelian,Perlis
Kumpulan 3 Siri 2-2005
Charlie


Monday 9 December 2013

BANTULAH ADIK INI WAHAI RAKAN-RAKAN



MOHON BANTUAN DARIPADA RAKYAT MALAYSIA

Blood Type O
Male or Female for blood donation

Blood Type O
Male only for platelets

We need blood and platelets
donation from time to time

Patient's Name - Amzar Aiman

Subang Jaya Medical Centre,North Tower Level 5
From 8am till 5pm weekday

i need donor for platelet today.please come to the hospital before 5pm
Thank You 013-6169877

Tuesday 3 December 2013

TANDA JODOH KUAT BERSAMA SI DIA


Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Saturday 23 November 2013

Transformasi PLKN

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau berkata, transformasi itu bertujuan memperkukuhkan lagi objektif penubuhan PLKN iaitu memupuk semangat kesukarelawan, cintakan negara dan perpaduan dalam diri pelatih seperti dalam Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

“Dalam hal ini, transformasi yang menggunakan pendekatan berteraskan “continous engagement”, “empowerment”, “standardized appraisal” dan “recognition” akan dapat memperkasakan lagi PLKN.

“Saya ingin melihat pelatih PLKN bukan sahaja dapat mengikuti latihan tetapi terus-menerus terlibat dalam kegiatan kesukarelawan. Mereka perlu diberi pengiktirafan di atas usaha-usaha membantu masyarakat itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin dalam pada itu meminta jurulatih PLKN mempunyai kompetensi dan kepakaran yang tinggi bagi membantu meningkatkan pencapaian program itu dan beliau memberi jaminan akan meneliti segala keperluan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Beliau turut menggesa jurulatih-jurulatih PLKN meneruskan kerjasama dengan bekas pelatih melalui Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dalam memperkenalkan idea dan pendekatan baharu bagi mencapai matlamat transformasi PLKN.

Katanya, beliau mahu melihat penglibatan yang lebih holistik daripada semua segmen di dalam PLKN termasuk pengusaha kem PLKN, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta untuk memastikan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kenegaraan dapat dicapai.

“Dalam hal ini, saya akan bersama-sama dengan pemimpin Alumni PLKN dari seluruh negara di Konvensyen Alumni PLKN pada 21 Disember 2013 di Kuala Lumpur. Saya berharap konvensyen tersebut dapat membantu membentuk hala tuju Alumni PLKN yang lebih progresif dan dinamik,” katanya.



AreLong Khusyairi
Pengerusi BSKN Zon A

Tuesday 19 November 2013

BSKN Zon A Berperang Dengan Tikus

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua bekas-bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh Malaysia. Apa khabar anda semua? Sudah lama saya tidak menulis coretan tentang aktiviti Briged Sukarelawan Khidmat Negara di Zon A dan Zon0zon yang lain dan hari ini saya ingin kongsikan sedikit coretan aktiviti yang dilakukan di Zon A iaitu KURSUS ASAS PENGENALAN BSKN ZON A yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14-16 November 2013 bertempat di Kem PLKN Dusun Minda Resort,Kuala Nerang,Kedah Darul Aman.

14 November 2013

Perjalanan kami semua bermula di pickup point pertama iaitu di Tapak Ekpo Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah dan kami mula mununggu bas yang disediakan pada jam 8.30 pagi.Seramai 10 orang yang menuggu di pickup point pertama dan tepat jam 9.10 pagi bas yang telah disediakan mula tiba.Pada jam 9.45 pagi bas mula bergerak ke pickup point kedua iaitu di Hentian Bas Shahab Perdana Alor Star dan tiba di pickup point kedua pada jam 10.30 pagi.Sesampai di sana kami menunggu kehadiran peserta kursus dari Kem PLKN Lagenda Seri Negeri Langkawi kerana mereka menaiki Feri untuk ke tanah besar.Pada jam 11.00 pagi bas yang kami naiki mula bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Kem PLKN Dusun Minda Resort Kuala Nerang dan bas yang kami naiki juga hampir penuh dan dianggarkan seramai 37 orang berada di dalam bas.Pada jam lebih kurang 1.30 tengahhari kami semua telahpun tiba di Kem PLKN Dusun Minda Resort Kuala Nerang dan kami semua melapor diri kepada Puan Zuraida Bt Shaari di lobi Resort yang akan kami menginap untuk 3 hari 2 malam nanti.Setelah melapor diri kami semua bergerak ke dorm yang telah ditetapkan oleh pihak resort dan kami menuju ke dorm masing-masing dan seterusnya ke dewan makan untuk makan tengahhari.Selesai makan tengahhari kami perlu berkumpul di Dewan Tetra untuk mendengar taklimat seterusnya dan pada jam lebih kurang 4.10 petang kami semua mula berkumpul didalam dewan.

Kami semua diberikan taklimat oleh Saudara Ghana tentang apa aktiviti yang akan kami lakukan pada sebelah malam dan semua peserta mula mendengar setiap taklimat yang disampaikan.Pada jam lebih kurang 5.30 petang kami semua dibenarkan melakukan aktiviti bebas dan kami semua menuju ke kolam renang yang terdapat di resort tersebut..Pada jam lebih kurang 7.30 malam kami semua mula menikmati makan malam di dewan makan sebelum kami semua dikehendaki berkumpul semula di dewan tetra untuk mendengar taklimat untuk aktiviti seterusnya.Pada jam lebih kurang 8.30 malam kami semua sudahpun berada di dalam dewan dan mula mendengar taklimat daripada Saudara Ghana dan dalam masa yang sama juga Saudara Syafik (Pengerusi BSKN Malaysia) ada juga berkongsi tentang pengalaman beliau kepada kami semua.Lebih kurang jam 11.00 malam kami semua bersurai dan kembali ke dorm untuk merehatkan diri.Tetapi Saudara Ghana meminta 4 orang daripada kami menunggu dan saya seorang daripada mereka.Kami tertanya-tanya apakahkah yang perlu kami lakukan dan pertanyaan kami terjawab apabila Saudara Ghana meminta kami menghidangkan sarapan pagi kepada semua peserta pada keesokkan harinya.

15 November 2013

Bermula jam 6.30 pagi Saya, Ken, Mira dan Sue mula bangun awal dan perlu melaksanakan tugas yang damanahkan oleh Saudara Ghana kepada kami,kami mula berkumpul di dewan makan pada jam 7.00 pagi dan kami semua dihidangkan Mee Goreng dan juga telur rebus untuk sarapan pagi,kami mula menghidangkan sebanyak 80 pinggan mee goreng kepada semua peserta dan juga kepada semua guru pengiring.Selesai sahaja sarapan pagi kami semua  mula berkumpul di dalam dewan semula dengan berpakaian sukan lengkap dan diberikan sedikit taklimat untuk menjalankan kerja lapangan.Sebelum kami semua keluar ke tempat yang ditetapkan kami semua perlu membuat sedikit cenderahati.
Kami semua perlu menyediakan 80 beg cenderahati untuk diserahkan kepada rumah orang-orang tua yang kami akan tuju pada sebelah petangnya.Setelah selesai kami semua mula kewan makan makan untuk
minum pagi dan kami di hidangkan dengan kuih muih yang agak lazat sebelum kami semua bertolak ke tempat yang telah ditetapkan.Kami semua telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan kumpulan yang di ketuai oleh saya telah di arahkan menuju ke Kompleks Penyayang Tun Dr.Siti Hasmah di Jejawi Perlis..Pada jam lebih kurang 1.00 petang kumpulan saya mula menaiki bas yang telah ditetapkan dan kami semua menuju ke masjid terlebuh dahulu untuk solat jumaat dan tepat jam 2 petang kami semua mula bertolak ke destinasi yang akan dituju iaitu Kompleks Penyayang Tun Dr.Siti Hasmah...Setelah kami sampai di Kompleks tersebut kami diarahkan untuk masuk ke Dewan taklimat dan kami diberikan taklimat oleh Encik Ariff,dan beliau telah menceritakan

 serba sedikit kepada kami tentang sejarah penubuhan Rumah Seri Kenangan Kangar Perlis ini.
Terasa sebak dan pilu di hati kami apabila beliau mencerita kepada kami ada anak-anak penghuni di Rumah Seri Kenangan tersebut hanya datang untuk menuntut harta sahaja dan ada diantara kami mula menitiskan airmata kerana tidak dapat menahan kesedihan.Setelah selesai mendengar taklimat, KUmpulan yang diketuai oleh saya dan Jai mula bergerak untuk melakukan tugas yang telah ditetapkan iaitu kerja lapangan.Saya membahagikan kepada dua kumpulan iaitu Group Lelaki dan Group Wanita.Bagi group lelaki kami lebih kepada melalkukan kerja luaran dan group wanita diarahkan melakukan kerja dalaman seperti melipat pakaian,memandikan penghuni wanita,menyuap makan kepada mereka dan beramah mesra dengan penghui-penghuni di Rumah Seri Kenangan tersebut.
Bagi lelaki pula kami banyak melakukan kerja berkebun dan landskap.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaiti berkebun dan juga lanskap.Bagi group yang berkebun mereka banyak melakukan kerja perkebunan seperti membersihkan kebun-kebun sayur dan taman mini,bagi group kedua pula mereka mula mengangkut bata,pasir,batu dan simen untuk dibancuh sebelum mereka mula mula membina tembok kecil yang mengelilingi jalan di hadapan dewan makan.Saya juga ada telibat di kawasan lanskap kerana saya juga berkemahiran dalam bidang lanskap dan dekorasi.
Kami mula membancuh simen dan dalam masa yang sama saya mengarahkan juga ahli-ahli yang lain beramah mesra dengan penghuni lelaki dan ada juga yang membersihkan kawasan surau.Jam lebih kurang 5 petang tanda-tanda hujan akan turun dan kami semua mulai risau kerana tembok yang kami bina masih belum kering dan masih basah.Kami semua mula mencari plastik untuk menutup tembok yang dibina agar tidak terkena air hujan dan dalam jam lebih kurang 5.30 petang hujan pun mulai reda dan berhenti.Selepas itu kami semua kembali melakukan kerja-kerja pembinaan dan tepat jam 6 petang kerja kami selesai sepenuhnya dan kami semua mula berkumpul di tempat mula-mula kami semua tiba tadi dan menunggu bas untuk pulang semuala ke resort untuk makan malam.Tepat jam 8.00 malam kami semua tiba di Resort dan semua bergegas ke dewan makan untuk makan malam dan seterusnya mandi dan menyiapkan diri untuk kembali kedwan untuk taklimat dan tugasan seterusnya..tepat jam 9.10 malam kami semua telahpun berada di dalam dewan tetra dan kami ditugaskan untuk membentangkan tugasan luar yang telah kami buat pada sebelah siang dan tugasan tersebut haruslah dibuat dalam bentuk powerpoint.

16 November 2013

Pada jam 7.30 pagi kami semua mula bersarapan di dewan makan sebelum kami semua membentangkan apa yang kami telah lakukan semasa kerja lapangan dan kami semua 4 kumpulan telahpun berjaya melakukan pembentangan dengan jayanya.Setelah selesai semua kami semua mula berkongsi pengalaman selama 3 hari kami di sini dan ada juga yang baru mula nak bertapak dalam BSKN.Selepas pada itu kami mula berkumpul untuk majlis penutup dan telah pun dirasmikan oleh Mejar Mashnor Komandan Kem PLKN UUM Sintok dan kami semua telah diberikan sijil penyertaan sebagai bukti kami telahpun berjaya menjalani kursus.Pada jam 2 petang kami semua mula bergerak ke destinasi masing-masing.


INI ADALAH PERKONGSIAN SAYA DENGAN ANDA SEMUA.DIHARAP KITA DAPAT BERJUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG.

SALAM SAYANG DARIPADA

PENGERUSI BSKN NEGERI PERLIS
MOHD KHUSYAIRI BIN GHADZALI

Thursday 24 October 2013

Perang Besar Andai PLKN Dimansuhkan






Assalammulaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua adik-beradik,saudara mara serta semua bekas-bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari semua kem di seluruh Malaysia.Disini saya memohon jasa baik anda semua sebagai bekas-bekas pelatih yang telahpun berdaftar ataupun masih lagi belum mendaftar agar menggunakan gambar ini sebagai DP FACEBOOK masing-masing bagi menandakan sokongan anda bersama-sama kami bekas-bekas pelatih yang lain menyokong sepenuhnya PLKN diteruskan sampai bila-bila dan membangkang sekeras-kerasnya usaha pihak-pihak tertentu yang ingin memansuhkan program ini.Kami berharap anda dapat memberikan sokongan yang amat padu kepada Dato'Abdul Hadi Bin Awang Kechil,Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi meneruskan program ini.


gunakan sebagai DP Facebook anda
 
 gunakan sebagai cover photo facebook anda



 
Unit Hebahan BSKN Perlis
Arelong Khusyairi



Friday 11 October 2013

Peragut Terkorban di Hari Raya Aidiladha



 Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!
 
 Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan
 
 Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat
 
Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!
 
 Cari pengat sampai ke Sarawak,
 Pengat dicari di kawasan pokan,
 Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
 Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!
 
 
Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua Umat Islam Di Seluruh Negara Dan Seluruh Warga Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
 
 
Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali (AreLong Khusyairi)
 

Thursday 10 October 2013

Pertempuran Bakal Berlaku Di Kem PLKN Syruz pada 20 Okt ini


Hari Terbuka Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Kumpulan 3 Siri 10-2013

Tarikh : 20 Oktober 2013
Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Kem PLKN Syruz
  • Acara Diadakan
  • Acara Perasmian
  • Senamrobik
  • Flying Fox
  • Pertandingan Memancing
  • Pameran PLKN
  • Gerai Jualan
  • Sukaneka
  • Persembahan
  • Kawad Senyap
  • Tempur Tanpa Senjata
  • Tarian Perang
  • Persembahan Kebudayaan Pelatih PLKN

BEKAS-BEKAS PELATIH JUGA BERPELUANG MENYERTAI PERADUAN TEKA DAN MENANG SERATA DAPAT BERINTERAKSI BERSAMA STAF DAN JURULATIH KEM PLKN SYRUZ.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS HARI TERBUKA INI


Hebahan Dari :

AreLong Khusyairi
Unit Hebahan BSKN Zon A

Thursday 3 October 2013

Memerlukan Sukarelawan BSKN untuk Asian Youth Para Games 2013


Adakah anda mempunyai hati seorang SUKARELAWAN??? dan ingin meletakkan nama BSKN di kenali peringkat Asia???.. Jika jawapan anda 'ya' marilah bersama saya menjadi sukarelawan sukan Asian Youth Para Games 2013 bermula pada 25 hingga 30 Oktober 2013. Pelbagai kategori sukarelawan ditawarkan mengikut kesesuaian dan kelayalan:

* Pembantu Teknikal Sukan
* Pembantu Venue
* Pembantu Protokol

* Pembantu IT
* Pembantu Media
* Pemandu dan kalendan
* Pembantu Pasukan dan Kontijen Sukan
* Pembantu Trafik
* Pembantu Seketariat


Sila tinggalkan email anda di ruang komen atau 'pm' saya segera... Jom jadikan BSKN Sukarelawan Terunggul...


sila berikan email dan kem anda kepada saya di FACEBOOK https://www.facebook.com/arelongARTISTvmd 


Berkhidmat Untuk Negara

Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali

Thursday 19 September 2013

poco poco BSKN @ Khidmat Komuniti Perdana PLKN BSKN Peringkat Negeri Sem...

tarian im4u by BSKN @ Kem PLKN Ulu Pari

Tarian im4u dipersembahkan oleh Ahli-ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara kepada pelatih-pelatih kumpulan 3 siri 10/2013 di Kem PLKN Ulu Pari pada Program Khidmat Komuniti Perdana PLKN BSKN Peringkat Negeri Sembilan

Tuesday 10 September 2013

Jom Jalan 10000 Langkah

Jom Jalan 10000 Langkah Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung pada 07 September 2013 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad Kangar Perlis bermula dari jam 07:00pg hingga 1:00tgh....Pelbagai aktiviti dijalankan dari pihak egensi Kesihatan.
Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) Negeri Perlis bersama-sama pelatih-pelatih kump 3 siri 10-2013 Kem PLKN Tasoh dan Kem PLKN Guar Chenderai telah turun pada bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini.Pelbagai aktiviti sukan dijalankan sepanjang majlis berlangsung antaranya Pertandingan Timbang Bola,Pertandingan "Shoot" Bola Keranjang,Pertandingan sepak bola dan juga Pertandingan EXPLORACE Nak Sihat dimana BSKN menghantar wakil untuk menyertai EXPLORACE pada hari tersebut.Wakil daripada BSKN Perlis iaitu yang diwakili oleh saya "Along dan Own" telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan EXPLORACE Nak Sihat tersebut.Walaupun tiada hadiah semua ahli-ahli BSKN gembira kerana dapat turun padang walaupun hujan banyak merencatkan perjalanan kami.Diharap pada masa akan datang pihak kerajaan dapat meluaskan lagi dan memperbanyakkan lagi aktiviti sihat seperti ini.Disini saya ingin kongsikan beberapa gambar semasa majlis berlangsung

















Wakil BSKN dalam EXPLORACE


Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali



Tuesday 3 September 2013

Tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan penggunaan petrol anda.



1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.
Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.

6.Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh
Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

8.Kurangkan beban kereta
Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)

10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

11.Elakkan menggunakan gear rendah.
Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin ,
kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya) . Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar.dan lagi satu,disarankan beli tinted UV protection,selain serap haba,kereta akan lebih sejuk,so sebelum beli tinted servey dulu mana tinted yang best.selalunya yang berkualiti agak mahal,penggunaan tinted yang berkualiti juga dilindungi dengan lapisan plastik menghalang kereta mudah dipecah dan qhetak.

Saturday 31 August 2013

Cheritera Merdeka Saya



 Assalammualaikum semua.Hye macam mana sambutan merdeka korang semalam,mesti bestkan semalam dapat sambut merdeka beramai-ramai,ada yang sambut dengan keluarga,kawan-kawan,sahabat-sahabat,ada jugak sambut sengan orang yang tersayang,betul tak??? Walau dengan siapa pun kita sambut Malaysia dah pun merdeka selama 56 tahun daripada penjajah,kita hidup aman damai dengan pelbagai masyarakat majmuk seperti kaum Melayu,India dan juga Cina.Saya nak tanya korang semalam korang sambut merdeka kat mana???Saya sambut di Sungai Petani,Kedah je.walaupun tiada sebarang sambutan yang dibuat kami semua warga Sungai Petani dihidangkan dengan pameran kereta beraudio atau istilah lain "CAR AUDIOSHOW".Saya bersama kakak angkat saya bersama team-team audio beliau yang dianggarkan dalam 40 buah kereta telah membuat persembahan di hadapan Komplek SP Plaza,Dataran Zero,Sungai Petani,Kedah.Sambutan semalam juga disambut sekali dengan majlis sambutan hari raya dan majlis hari jadi team audio.Disini saya ingin kongsikan gambar-gambar sebahagian daripada kereta yang membuat persembahan semalam..