Welcome

Ucapan Khas


widgeo.net

JOM IKUT

JOM DAFTAR

Thursday 24 October 2013

Perang Besar Andai PLKN Dimansuhkan






Assalammulaikum,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua adik-beradik,saudara mara serta semua bekas-bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari semua kem di seluruh Malaysia.Disini saya memohon jasa baik anda semua sebagai bekas-bekas pelatih yang telahpun berdaftar ataupun masih lagi belum mendaftar agar menggunakan gambar ini sebagai DP FACEBOOK masing-masing bagi menandakan sokongan anda bersama-sama kami bekas-bekas pelatih yang lain menyokong sepenuhnya PLKN diteruskan sampai bila-bila dan membangkang sekeras-kerasnya usaha pihak-pihak tertentu yang ingin memansuhkan program ini.Kami berharap anda dapat memberikan sokongan yang amat padu kepada Dato'Abdul Hadi Bin Awang Kechil,Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi meneruskan program ini.


gunakan sebagai DP Facebook anda
 
 gunakan sebagai cover photo facebook anda



 
Unit Hebahan BSKN Perlis
Arelong Khusyairi



Friday 11 October 2013

Peragut Terkorban di Hari Raya Aidiladha



 Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!
 
 Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan
 
 Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat
 
Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!
 
 Cari pengat sampai ke Sarawak,
 Pengat dicari di kawasan pokan,
 Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
 Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!
 
 
Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua Umat Islam Di Seluruh Negara Dan Seluruh Warga Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)
 
 
Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali (AreLong Khusyairi)
 

Thursday 10 October 2013

Pertempuran Bakal Berlaku Di Kem PLKN Syruz pada 20 Okt ini


Hari Terbuka Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Kumpulan 3 Siri 10-2013

Tarikh : 20 Oktober 2013
Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Kem PLKN Syruz
  • Acara Diadakan
  • Acara Perasmian
  • Senamrobik
  • Flying Fox
  • Pertandingan Memancing
  • Pameran PLKN
  • Gerai Jualan
  • Sukaneka
  • Persembahan
  • Kawad Senyap
  • Tempur Tanpa Senjata
  • Tarian Perang
  • Persembahan Kebudayaan Pelatih PLKN

BEKAS-BEKAS PELATIH JUGA BERPELUANG MENYERTAI PERADUAN TEKA DAN MENANG SERATA DAPAT BERINTERAKSI BERSAMA STAF DAN JURULATIH KEM PLKN SYRUZ.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS HARI TERBUKA INI


Hebahan Dari :

AreLong Khusyairi
Unit Hebahan BSKN Zon A

Thursday 3 October 2013

Memerlukan Sukarelawan BSKN untuk Asian Youth Para Games 2013


Adakah anda mempunyai hati seorang SUKARELAWAN??? dan ingin meletakkan nama BSKN di kenali peringkat Asia???.. Jika jawapan anda 'ya' marilah bersama saya menjadi sukarelawan sukan Asian Youth Para Games 2013 bermula pada 25 hingga 30 Oktober 2013. Pelbagai kategori sukarelawan ditawarkan mengikut kesesuaian dan kelayalan:

* Pembantu Teknikal Sukan
* Pembantu Venue
* Pembantu Protokol

* Pembantu IT
* Pembantu Media
* Pemandu dan kalendan
* Pembantu Pasukan dan Kontijen Sukan
* Pembantu Trafik
* Pembantu Seketariat


Sila tinggalkan email anda di ruang komen atau 'pm' saya segera... Jom jadikan BSKN Sukarelawan Terunggul...


sila berikan email dan kem anda kepada saya di FACEBOOK https://www.facebook.com/arelongARTISTvmd 


Berkhidmat Untuk Negara

Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali