Bermula pada 03 Julai 2013 saya yang mewakili Kem PLKN Tasik Meranti Wang Kelian serta mewakili semua warga BSKN ZON A dan ditemani oleh seorang rakan BSKN dari Kem PLKN UUM Sintok telah menaiki BAS EKPRESS dari Sungai Petani,Kedah untuk menuju ke Kuala Lumpur...Pada pukul 11.45 malam bas yang kami naiki telah pun bergerak menuju ke tempat yang akan kami mula-mula akan turun iaitu PUDURAYA......Pada pukul 05.10 pagi 04 Julai 2013,, kami telahpun sampai ke STESEN BAS PUDURAYA dan terus bersarapan pagi di sebuah kedai mamak behampiran kerana terlalu lapar disebabkan kami tidak sempat nak makan sebelum bertolak...selesai makan kami berdua mula berjalan ke STESEN LRT di PLAZA RAKYAT dan mengambil tiket untuk ke KL SENTRAL...tetapi sebelum sampai ke KL SENTRAL kami terlebih dahulu perlu menukar TRAIN di MASJID JAMEK.......setibanya kami di KL SENTRAL kami perlu menaiki pula ERL untuk menuju ke STESEN PUTRAJAYA sebelum Timbalan Komandan Pengurusan -TKP- Kem PLKN Paya Indah Dengkil Selangor mengambil kami disitu......setelah TKP mengambil kami di PUTRAJAYA kami terus dibawa ke Kem PLKN Paya Indah untuk berehat sementara menunggu dua lagi rakan kami dari TAIPING dan PENGKALAN HULU....Pada tengahari kami menjamu selera di kedai berhampiran dan seterusnya kami menuju ke PUDURAYA semula untuk mengam dua orang lagi rakan kami di sana yang baru sampai....setelah itu kami pulang semula ke kem untuk mandi dan berehat sebelum kami semua ke semula untuk makan malam dan ronda-ronda town.........Kami semua dibawa ke PAVILION dan juga DOWNTOWN untuk shopping dan juga cuci mata di tempat2 yang agak menarik....(tak payah cakap lah paham2 sudah)....
05 Julai 2013 jam 05.30 petang kami mula bertolak ke Kem PLKN Princess Haliza Sepang Selangor dengan menaiki BAS PLKN yang telah disediakan oleh pihak kem.......wakil2 dari Paya Indah adalah seramai 20 orang....sesampai di Kem PLKN Princess Haliza kami membuat pendaftaran dan mendapatkan DORM untuk tidur serta berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar taklimat daripada KOL.Rosli iaitu Pengarah BSA....setelah selesai mendengar taklimat kami dibenarkan pilang ke DORM untuk membersihkan diri sebelum kami semua dikehendaki berkumpul semua di dewan untuk mendengar ceramah daripada YBHG. DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAR...lawak2 beliau membuatkan kami semua peserta2 program yang seramai hampir 170 org tidak kering gusi.....setelah selesai kami semua makan malam dan kembali semula ke DORM untuk berehat.....
06 Julai 2013 jam 05.30 pagi kami bangun dan bersiap dan solat berjemaah bersama di surau kem dan pada pukul 07.00 pagi kami semua berada di padang kawad untuk bersenam...selesai bersenan kami mula bersarapan di dewan makan kem.....pada hari tersebut kami hanya dibenarkan memakaikan seluar track sahaja kerana banyak games yang dibuat...saya diletakkan dalam kumpulan 2 bersama2 NAZREEN,,SYAMSUL,,SYARIF,,FATIN,,IMAH,,IZZUDDIN,,KECHIK,,dan 2 orang lagi rakan yang tak sempat saya nak berkenalan....games pertama yang kami buat adalah susunan kad dan perlu mencari pasangan kad yang tepat dan betul...selesai semua pada tengahhari kami menjamu selera di di dewan kem kem sebelum menyambung kembali ceramah yang diadakan.....setelah selasai ceramah kami diajar pula cara2 mempertahankan diri yang amat mudah daripada SMART DEFENDSIVE

pada sebelah pedang kami dibenarkan membuat akitiviti bebas dan kami semua mengambil kesempatan mengambil bergambar beramai2 terlebih dahulu....


dan ini adalah sijil yang kami terima pada program tersebut serta batch yang kami perlu pakai disepanjang program tersebut serta vest BSKN.....terima kasih BSA terima kasih Kem PLKN Paya Indah Dengkil kerana sudi menjemput dan menerima kehadiran kami yang jauh ni untuk menjadi pemain simpanan anda....terima kasih juga kepada KOMANDAN Kem PLKN Paya Indah kerana membenarkan kami menginap di kem sehari sebelum event berlangsung.....setelah selesai kami semua pulang ke kem masing2 serta kami berempat terus pulang ke tempat tinggal masing setelah dihantar ke STESEN PUTRAJAYA dan kami menaiki ERL dan LRT ke PLAZA RAKYAT........sepanjang event ini berlangsung banyak ilmu yang kami perolehi dan tidak sia2 kami datang dari jauh semata2 semangat yang kami masukakn dalam diri kami...TERIMA KASIH semua...

JIKA ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
JIKA ADA UMUR YANG PANJANG,
SUATU HARI NANTI PASTI KITA BERTEMU LAGI
IKHLAS DARI :
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali
Pengerusi BSKN Negeri Perlis
No comments:
Post a Comment