Welcome

Ucapan Khas


widgeo.net

JOM IKUT

JOM DAFTAR

Sunday 23 June 2013

"Be A Volunteer"



Pada 16 Jun 2013 Bahagian Sukarela Alumni (BSA) telah mengadakan PROGRAM "BE A VOLUNTEER" di ZOO NEGARA,Kuala Lumpur....ini coretan sepanjang saya di sana untuk rakan2 BSKN ZON A....
bermula pada 15 jun 2013 jam 11:45 malam saya telah berada di Stesyen Bas Ekspress Sungai Petani Kedah dah telah menaiki bas dari situ untuk ke Kuala Lumpur..sepanjang perjalanan saya tidak dapat tidur memikirkan apa yang perlu saya dan rakan2 lain akan lakukan di Zoo Negara nanti...Jam 03.40 pagi 16 jun 2013 bas berhenti rehat di Hentian Sebelah Simpang Pulai untuk mengisi minyak dan semua penumpang dibenarkan turun untuk ke tandas....pada jam 4:00 pagi bas mula bergerak ke destinasi yang saya akan tuju iaitu Stesyen Bas Pudu Raya dan pada jam 5.45 pagi saya tiba dengan selamat di bumi Kuala Lumpur...setelah sampai saya mula menuju je tandas untuk mandi dan bersiap untuk ke Zoo Negara....tetapi malangnya mungkin kesilapan teknikal akibat telefon saya tidak berfungsi saya menunggu di situ sehingga jam 7.15 pagi....saya mula agak risau kerana itu pertama kali saya ke Kuala Lumpur seorang diri dan saya telah menghubungi saudara Mohd Syafik untuk bertanya bagaimana untuk saya ke Zoo Negara tempat event akan diakan....beliau telah memberitahu saya perlu mengambil LRT dari Plaza Rakyat ke Masjid Jamek dan seterusnya menukar LRT dari Masjud Jamek ke Sri Rampai.....setelah sampai di Sri Rampai saya mangambil TEKSI dan terus menuju ke Zoo Negara.....sesampai di Zoo Negara saya mendapati sudah tiada ahli BSKN di situ dan saya mula berputus asa....tetapi apabila saya terlihat BAS PLKN melalui tepi Zoo perasaan saya sedikit gembira kerana saya terfikir saya sudah tidak dapat join lagi aktiviti hari ini...setelah berjumpa LEADER2 semua saya diberikan sehelai T-SHIRT dan juga VEST BSKN untuk dipakai sepanjang hari...

Pengalaman kami semua TEAM LANDSKAP ada dapat menanam pokok buluh yang diberi nama POKOK BULUH BOTOL,,bermula pada 9pg kami semua mula membuat lubang sebanyak 85 lubung dgn kedalaman hampir 1 kaki sebelum kami semua mula memasukkan semua anak pokok2 buluh ke dalam lubang yang telah dikorek disepanjang tembok konkrit di bahagian luar zoo...terima kasih juga kepada incas kami iaitu En.Muhammad kerana telah membantu dan mengajar kami cara2 menanam pokok...Yang paling best TEAM LANDSKAP adalah dari KOMPENI CHARLIE kesemuanya..


Kerja kami selesai pada jam 5:30ptg dan saya bersama beberapa rakan2 yang lain terus menaiki bas PLKN dan terus menuju ke Stesyen LRT Wangsa Maju dan saya mengambil LRT terus ke Masjid Jamek dan bertukar LRT ke Plaza Rakyat.. sesampai di PLaza Rakyat saya terus menuju ke kaunter tiket dan mengambil tiket untuk terus pulang ke Sungai Petani dan bas saya mula bergerak pada jam 8:00mlm. sepanjang perjalanan saya tidur akibat keletihan dan saya tiba di Sungai Petani pada jam 1:30pg..
 
INILAH PENGALAMAM SAYA SERTA TEAM LANDSCAPE BSKN

jika ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
jika ada umur yang panjang
team BSKN nanti kita jumpa lagi


Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali


 

2 comments:

  1. Salam. Tuan jika menulis blog pastikan ejaan dan .... seperti itu . Saja . Koma ,,,, kepada , untuk memastikan kualiti penulisan anda. Saya akan membantu

    ReplyDelete
  2. Tahniah saya ucapkan.
    1 peningkatan positif yang sihat dan baik.
    Teruskan usaha murni anda ini.

    ReplyDelete