Wednesday, 31 July 2013
Koleksi Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Tuesday, 30 July 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin dari saya Mohd Khusyairi Bin Ghadzali,,PENGERUSI BSKN Negeri Perlis serta Keluarga...
Bagi yang nak balik kampung tu berhati-hati dijalan raya,pandu dan tunggang dengan selamat..kepulangan anda untuk dirai bukan untuk ditangisi...
Monday, 29 July 2013
Thursday, 25 July 2013
UCAPAN RAYA 2013
MARI KONGSIKAN UCAPAN RAYA KORANG DI SINI
bekas-bekas pelatih PLKN seluruh malaysia dialu-alukan untuk berkongsi ucapan raya korang disini..saya akan cuba siarkan ucapan-ucapan korang secepat yang mungkin....SELAMAT HARI RAYA 2013 buat semua warga bekas-bekas pelatih PLKN Perlis & Kedah...
From
President Group
Himpunan Bekas Pelatih Kem PLKN Kedah & Perlis -All Siries- (Official)
dan
Pengerusi BSKN Negeri Perlis
Mohd Khusyairi Bin Ghadzali (Along)
Kump 3 Siri 2-2005
Kem PLKN Tasik Meranti,Wang Kelian
Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-2 Yatim Negeri Perlis
Majlis Brbuka Puasa bersama Anak-2 Yatim Negeri Perlis
telah diadakan di Kompleks Penyayang Tun Dr.Siti Hasmah di Arau Perlis pada 24 Julai 2013 (Rabu)...Seramai 60 orang ahlis-2 BSKN telah turun padang bagi menjayakan program ini yang melibatkan 3 kem PLKN iaitu Kem PLKN Tasik Meranti,Kem PLKN Tasoh dan Kem PLKN Guar Cenderai...Majlis ini juga dihadiri oleh Komandan Kem PLKN Tasik Meranti dan Tasoh,Timbalan Komandan Pengurusan (TKP) Kem PLKN Tasik Meranti dan Tasoh,Timbalan Komandan Latihan (TKL) Kem PLKN Tasik Meranti dan Tasoh,Staff-2 Pengurusan dan Jurulatih-2 Kem-2 PLKN Negeri Perlis...Seramai 40 orang anak yatim telah diraikan pada majlis kali ini...disini saya ingin berkongsi sedikit gambar kenang-kenangan kepada anda semua yang xdapat nak join semalam....
Bubur Lambuk yang telah disediakan oleh BSKN Kem PLKN Tasoh dan Guar Cenderai bersama-sama team-2 iM4U
Sunday, 21 July 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-2 YATIM
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 2013
Majlis berbuka puasa puasa bersama anak-anak yatim peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Rumah Budi,Yan,Kedah pada 20 JUlai 2013 dan telah dihadiri oleh ahli-2 BSKN Negeri Kedah dan saya sendiri mewakili Negeri Perlis Indera Kayangan selaku Pengerusi BSKN Negeri pada majlis ini....Walaupun tanpa kehadiran Ahli Parlimen Jerai iaitu Dato' Seri Jamil Khir Baharom,majlis ini tetap berlangsung dengan meriahnye..Adik-2 yang menginap di rumah anak-2 yatim tersebut begitu gembira kerana BSKN sudi hadir untuk berbuka puasa bersama-sama dengan mereka....Majlis ini juga turut dihadiri oleh KOMANDAN Kem PLKN Rimba Taqwa Sik yang mewakili PENGARAH ZON A bersama TKL,TKL Kem PLKM Damai Park Resort,TKL Kem PLKN Dusun Minda Resort,TKL Kem PLKN Lagenda Seri Negeri dan juga STAFF-2 serta JURULATIH-2 Kem-2 PLKN seluruh Negeri Kedah...ini adalah sedikit gambar yang saya ingin kongsinkan kepada anda semua sepanjang event berlangsung.....
Subscribe to:
Posts (Atom)